Agihan Kerusi BN, Rakan Sekutu Selesai Dalam 2 Minggu – Bung Moktar

Bung Moktar berkata BN juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan sekutu yang lain dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi.

KOTA KINABALU: Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melibatkan calon Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata BN juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan sekutu yang lain dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi.

“BN Sabah dan rakan-rakan akan bertanding di semua 73 kerusi DUN dalam PRN kali ini.

“Bagaimanapun soal pengagihan kerusi di antara parti komponen dan jumlah akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Malah, beliau sendiri akan turun padang mengumumkan calon di setiap kawasan bagi memastikan pengundi mengenali calon yang bertanding. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

721