UMNO Sabah Tentukan Calon PRN

KUALA LUMPUR: UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata sejurus pengumuman dan pengesahan rasmi Istana Negeri Sabah berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri semalam, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) segera membuat persiapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa. - NSTP/Asyraf Hamzah
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa. – NSTP/Asyraf Hamzah

Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Presiden UMNO, akan bermesyuarat Ahad ini bersama beberapa ahli jawatankuasa pilihan raya parti.

“Itu (calon PRN) akan diputuskan UMNO dan mengikut kaedah kita, ia akan ditentukan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“Bagaimanapun, oleh kerana ini adalah PRN yang membabitkan semua kawasan DUN, UMNO Sabah juga perlu berbincang dengan rakan komponen BN, Muafakat Nasional (MN) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan parti mesra BN,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Terdahulu, Annuar menyertai solat sunat Aidiladha dan ibadah korban di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala di sini, hari ini

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan PRN yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Situasi politik di Sabah yang panas sejak kebelakangan ini memuncak apabila bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *