COVID-19: Sabah Catat Satu Kes Kematian Hari Ini

KOTA KINABALU: Satu kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan seorang bukan warganegara di Penampang.

Kes ini dikesan melalui pesakit yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Ini merupakan kes kematian kelapan di Sabah dan kematian ke-125 di Malaysia.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, dengan kes kematian baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 398 kes.

Bilangan kes aktif yang masih dirawat di hospital berpakar seluruh Sabah adalah sebanyak 15 kes, iaitu empat kes masing-masing di Kota Kinabalu dan Penampang, dua kes di Tawau serta satu kes di Lahad Datu, Tuaran, Sandakan, Kota Belud dan Papar.

Beliau berkata, tiada sebarang kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini kekal seramai 375 kes.

Di seluruh Malaysia, sebanyak 12 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 8,976 kes. Kes baharu itu terdiri daripada lima kes tempatan dan tujuh kes import.

Bilangan kes aktif di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 207 kes.

Manakala, terdapat 27 kes pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 8,644 kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *