Shafie Adakan Perjumpaan Tertutup Dengan MP & Adun Kerajaan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengadakan perjumpaan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen kerajaan Sabah, pagi ini.

Mohd Shafie tiba pada 10.40am di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Turut hadir dalam perjumpaan tertutup itu adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dan Datuk Jaujan Sambakong.

Laluan masuk ke PPNS turut dikawal ketat oleh Polis Trafik.

Penyokong parti-parti kerajaan turut kelihatan berada di luar Dewan Bangkuasi, PPNS.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1311