Musa Aman Dihalang Masuk Laluan Ke Istana Negeri

Rombongan Musa dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah. FOTO Juwan RiduanJuwan Riduan

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama rombongannya dihalang masuk ke laluan Istana Negeri Sabah, sebentar tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan mewah itu ditahan polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana jam 3.50 petang.

Beberapa peguam kepada Musa dilihat cuba berunding dengan pegawai polis yang membuat sekatan.

Namun sehingga kini mereka tidak dapat melepasi sekatan berkenaan.

Terdahulu, Musa dalam sidang media di kediamannya di Luyang, hari ini, mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan dan mendakwa pembubaran DUN adalah tidak wajar. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

5961