Kota Kinabalu Terkawal – Polis

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini menafikan khabar angin bahawa akan berlaku sesuatu yang tidak diingini di bandar raya ini akibat pergolakan politik semasa di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata orang ramai di sekitar bandar raya ini diminta tidak mempercayai khabar angin disebarkan di media sosial.

“Untuk makluman, keadaan di sekitar bandar raya ini terkawal dan tiada apa-apa yang berlaku seperti disebarkan melalui media sosial.

“Masyarakat khususnya di bandar raya ini supaya tidak mudah mempercayai mesej tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat juga dinasihatkan supaya jangan menghebahkan berita atau mesej tidak benar.

“Polis memberi amaran kepada individu supaya tidak menyebarkan khabar angin hingga mencetuskan panik.

“Kita akan menyiasat mengenai penyebaran masej palsu berkenaan,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2303