TYT Perkenan Pembubaran DUN Sabah – Shafie

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini, memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

“Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3155