BEAUFORT: Polis menembak mati seorang suspek yang disyaki dipengaruhi dadah selepas gagal memujuknya untuk menyerah diri, di Kg Indomadi, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian itu suspek terlibat dilaporkan memukul ibu kandungnya sehingga tidak sedarkan diri, malah turut menetak bapa saudaranya.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit, namun belum ada maklumat lanjut yang dapat dikongsikan setakat ini.- Utusan Borneo
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost