Dihalau Enggan Pakai Pelitup Muka

Seorang penumpang wanita America Airlines diminta keluar daripada pesawat kerana enggan memakai pelitup muka. Foto Twitter

Washington: Penumpang America Airlines bertepuk tangan selepas seorang wanita diminta meninggalkan pesawat kerana enggan memakai pelitup muka seperti yang diarahkan anak kapal.

Rakaman video yang dirakamkan seorang penumpang Jordan Slade kemudiannya dimuat naik di laman sosial sebelum tular pada Jumaat.

Seorang penumpang wanita America Airlines diminta keluar daripada pesawat kerana enggan memakai pelitup muka. Foto Twitter

Menerusi laporan New York Post, wanita terbabit diminta untuk memakai pelitup muka yang kini menjadi syarat wajib bagi setiap penumpang yang mahu menaiki pesawat bagi mengelak daripada penularan wabak Covid-19.

Namun wanita yang menaiki pesawat dari Ohio ke utara Carolina itu enggan berbuat demikian kerana mendakwa mempunyai masalah kesihatan jika memakainya.

Menerusi rakaman video itu, wanita terbabit dilihat mengambil semula beg yang disimpan di dalam ruang penyimpanan bagasi sebelum seorang penumpang lain berteriak ‘pergi’.

Ketika mahu keluar dari pesawat itu, beberapa penumpang bersorak dan bertepuk tangan dengan tindakan tegas syarikat penerbangan itu yang meminta wanita terbabit turun.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *