Harga Petrol Turun 4 Sen, Diesel 5 Sen

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Julai.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel juga turun lima sen seliter kepada RM1.82.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Kenyataan sama menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *