Ular Sawa Telan Anak Kucing Ditangkap

Ular sawa sepanjang 4 meter berjaya ditangkap anggota APM.

SANDAKAN: Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor anak kucing berjaya ditangkap di Jalan Buli Sim-Sim, pagi semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan telah menerima telah menerima panggilan jam 6.25 pagi dari seorang lelaki melihat seekor ular sawa di perhentian bas Wisma Khoo Jalan Buli Sim-Sim.

Pengadu terlihat seekor ular sawa berada di perhentian bas berkenaan dan berasa cemas lalu menghubungi talian 999 untuk mendapatkan khidmat bantuan.

Leftenan M Bintting Muniran bersama empat anggota telah bergegas ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera APM.
 
Apabila tiba di lokasi kejadian lebih kurang jam 6.40 pagi telah mendapati ular sawa sedang berehat berada di bawah sebuah kenderaan.

Anggota APM kemudiannya menggunakan penjerut bagi menangkap ular sawa terbabit sekaligus mengeluarkannya dari bawah kenderaan terbabit dalam masa 10 minit.

Pegawai APM Daerah Sandakan Kapten (PA) Abdullah Sabaruddin berkata, ular sawa yang berjaya ditangkap pihaknya itu kemudiannya dibawa balik ke pejabat APM Sandakan.

“Ular sawa seberat 60 kilogram dengan panjang 4 meter itu telah ditempatkan sementara di sangkar APM Sandakan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar Sandakan,” katanya.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *