(VIDEO) ‘Rampas’ Jenazah

Rakaman insiden yang menunjukkan penduduk merampas jenazah daripada petugas kesihatan.

MAKASAR: Kecoh apabila ratusan penduduk Jeneponto di Sulawesi Selatan ‘merampas’ jenazah seorang lelaki yang mahu dikebumikan petugas perubatan di kawasan perkuburan.

Ia selepas mereka percaya bahawa lelaki itu mati bukan disebabkan Covid-19, tetapi akibat tertusuk batang pokok merunggai.

Portal Kompas melaporkan ahli keluarga tidak berpuas hati apabila pasukan perubatan mahu mengebumikan jenazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) pesakit Covid-19.

“Kematian ini disebabkan tertusuk batang kelor (merunggai) namun dikatakan akibat Covid-19. Jadi kami menolaknya (untuk dikebumikan mengikut SOP Covid-19),” kata ahli keluarga si mati yang dikenali sebagai Caya, 40.

Menurut Ketua Bahagian Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Pejabat Kesihatan Daerah, Jeneponto Suryaningrat, ahli keluarga si mati menunggu di luar pekarangan lokasi pengebumian dengan senjata tajam.

Anggota polis yang mengawal keselamatan petugas kesihatan di lokasi berkenaan juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Akhirnya jenazah lelaki berusia 69 tahun itu berjaya dibawa keluar dari tempat pengebumian.

Malah, ada antara anggota keluarga si mati juga nekad membuka keranda.

Difahamkan, pesakit itu dilaporkan mengalami sakit perut selepas tertusuk batang merunggai sebelum dibawa keluarganya ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Lanto Daeng Pasewang Jeneponto untuk rawatan lanjut pada 1 Julai lalu.

Menurut Tribunnews, Ketua Polis Jeneponto, AKBP Ferdiansyah memaklumkan, pihaknya sudah mengenal pasti tujuh individu yang melakukan provokasi dalam insiden berkenaan.

Katanya, polis juga sudah mengenal pasti individu yang membuka keranda jenazah berkenaan dan semua mereka kini dicari untuk siasatan lanjut.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.youtube.com/watch?v=n2rtDh5vn6I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *