Tidak Mahu Susahkan Suami, Model Hanya Minta Selipar & Segelas Air Sebagai Mas Kahwin

Ketika Akad Nikah Berlangsung.

LOMBOK: Demi kasih, seorang wanita yang juga model hanya meminta selipar Jepun dan segelas air saja sebagai mas kahwin.

Wanita itu yang pernah muncul sebagai model dalam video klip lagu tradisional berbuat demikian kerana tidak mahu membebankan suaminya.

Pasangan Berkenaan.

Portal Kompas melaporkan wanita bernama Helmi, 20 dan suaminya, Yudi Anggata, 24 itu, sah menjadi suami isteri, kelmarin.

Kisah pasangan itu mendapat perhatian ramai selepas video perkahwinan mereka tular di laman sosial.

Rakaman video itu menunjukkan Yudi memakai kemeja putih dengan kain sarung berwarna merah.

Pasangan berkenaan.

Dia dilihat beberapa kali melafazkan akad nikah sebelum disahkan sebagai suami isteri.

Helmi duduk di sebelah kiri lelaki itu sambil tersenyum melihat pasangannya itu.

Selesai akad nikah, Helmi dilihat meminum air di dalam gelas berwarna coklat.

Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.

“Saya memilihnya (selipar Jepun dan segelas air) sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.

“Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.

“Sekurang-kurangnya pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti,” katanya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *