Rasmi – BN Menang Besar PRK DUN Chini

Barisan Nasional kekalkan kerusi DUN Chini dengan kemenangan besar dalam PRK. – Foto BERNAMA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan memperoleh majoriti 12,650.

Mohd Sharim memperoleh 13,872 undi, manakala calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, beroleh 1,222 undi dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi.

Mohd Sharim mendapat 13,872 undi, menewaskan Tengku Zainul yang mendapat 1,222 undi dan Mohd Shukri yang memperolehi 137 undi. – Foto BERNAMA

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11.

Pada PRU ke-14 lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.

SPR memaklumkan sebanyak 73.8 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini.

PRK ini adalah PRK ke-11 selepas PRU Ke-14 dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.

MOHD Sharim Md Zain (dua kiri) bersama isteri, Norhiliyana Abd Hamid (tiga kiri) diiringi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak untuk mengundi pada PRK DUN Chini di KAFA Felda Chini 3 hari ini. FOTO Bernama
Mohd Sharim Md Zain (dua kiri) bersama isteri, Norhiliyana Abd Hamid (tiga kiri) diiringi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak untuk mengundi pada PRK DUN Chini di KAFA Felda Chini 3 hari ini. FOTO Bernama

PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.

1317