Harga Petrol, Diesel Turun Sedikit

PETALING JAYA: Harga minyak menyasikan penurunan sedikit, kata Kementerian Kewangan hari ini.

Harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing turun 4 sen dan akan dijual pada harga RM1.95 dan RM1.65 seliter.

Harga diesel menyusut 2 sen kepada RM1.84 seliter.

Harga baru ini berkuat kuasa bermula tengah malam 10 Julai.

Kementerian berkata, penurunan harga minyak disebabkan perubahan harga produk bertapis selari dengan harga minyak mentah dunia lebih tinggi.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sesuai bagi menjamin kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat terpelihara.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *