Bapa Khabib Meninggal Dunia

Khabib (kanan) bersama bapanya, Abdulmanap.

MOSCOW: Bapa Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap dilaporkan meninggal dunia selepas lama bertarung dengan sakit akibat COVID-19.

Abdulmanap, yang juga jurulatih Khabib, meninggal dunia di sebuah hospital dekat Moscow kerana komplikasi disebabkan COVID-19.

Dia berusia 57 tahun.

Abdulmanap mengalami serangan jantung selepas dijangkiti coronavirus yang memerlukan pembedahan segera.

Dia kemudiannya dua kali terpaksa diletakkan dalam keadaan koma dengan keadaannya dilaporkan ‘serius tapi stabil’.

Bagaimanapun hari ini Abdulmanap dilaporkan meninggal dunia.

Pemimpin Republik Chechen dan rakan rapat keluarga Nurmagomedov, Ramzan Kadyrov melaporkan berita itu hari ini. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *