Kuota Internet ‘Pancing’ Perawan

Gambar Hiasan

SUMATERA: Seorang lelaki warga emas hanya mengguna kuota Internet sebagai umpan sebelum memperkosa seorang gadis di Bayuasin, pada Isnin.

Menerusi laporan Kompas.com, lelaki berusia 62 tahun itu melakukan perbuatan sumbangnya itu terhadap mangsa berusia 14 tahun yang juga jirannya.

Ketua Polis Tungkal Jaya, Iptu Rudin Suprianto berkata, susulan daripada laporan diterima, polis berjaya menahan lelaki terbabit.

Menurutnya, mangsa ditawarkan bekerja di rumah suspek sebagai tukang cuci.

Suspek juga menawarkan mangsa untuk tinggal di rumahnya yang tidak jauh dari kediaman keluarganya.

Selepas mangsa mula bekerja, suspek kemudian memujuk mangsa untuk melakukan hubungan seks dengan menawarkan kuota Internet kepada remaja itu.

“Mangsa dijanjikan 100,000 rupiah (kira-kira RM30) untuk membeli kuota Internet namun wang dijanjikan tidak diberikan malah turut diancam bunuh,” katanya.

Rudin berkata, suspek dikatakan sudah memperkosa mangsa empat kali ketika ketiadaan penghuni lain di rumah berkenaan.

Namun, disebabkan tidak tahan diperlakukan sedemikian, mangsa melaporkan kejadian kepada keluarganya.

“Suspek mengambil kesempatan kemiskinan dihadapi mangsa untuk bertindak sedemikian.

“Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *