TERKINI: 80 Ahli PKR Kalabakan Keluar Parti, 2000 Lagi Menyusul

TAWAU; 20 JUN 2020 (Sabtu) – Sekumpulan lebih 80 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kalabakan yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu di Tawau mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Kumpulan yang diketuai Timbalan Ketua Cabang Kalabakan Mohd Jalani Hj Chaco juga turut mendakwa kira-kira 2 ribu penyokong masing-masing menyertai mereka keluar daripada PKR.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Dewan Sri Kijang Merotai Besar hari ini.

Tegasnya, mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah dan kepimpinan peringkat pusat yang lebih mementingkan agenda peribadi selain hanya menjaga kelompok tertentu dalam parti.

Dalam pada itu, bagi memastikan perjuangan dan khidmat kepada masyarakat dapat diteruskan, mereka akan bergerak menggunakan NGO Penggerak Komuniti Negara (MKN) dalam hala tuju perjuangan politik selepas ini.

Sementara itu, ahli jawatankuasa yang ditemui melahirkan bahawa keputusan dibuat bukan berpaksikan senario politik semasa atau dipaksa mana-mana pihak.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3029