PKR Sabah Hilang 8,000 Ahli

PUTATAN: Kira-kira 8,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh Sabah mengumumkan keluar parti, berkuat kuasa hari ini.

Kumpulan besar itu dikatakan turut membabitkan mereka yang memegang jawatan dalam parti termasuk timbalan dan naib ketua PKR cabang, setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan ahli jawatan kuasa cabang daerah.

Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah yang mengetuai kumpulan terbabit, Datuk Nani Sakam, berkata mereka mengambil keputusan terbabit berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Berita lanjut menyusul….

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4467