Kentut Terlalu Kuat, Lelaki Didenda RM2,412

Gambar Hiasan

Vienna: Polis Austria mendenda seorang lelaki 500 euro (kira-kira RM2,412) kerana kentut terlampau kuat ketika ditahan untuk pemeriksaan.

Polis mempertahankan jumlah denda berkenaan dengan mendakwa lelaki itu sengaja berbuat demikian ketika bangun dari bangku tempat dia duduk sebelum itu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit mengadu denda yang disifatkannya sebagai tidak adil kepada portal berita, O24.

Kereta Polis Austria

Namun, polis Austria menerusi reaksi di Twitter berhubung perkara itu menegaskan bahawa lelaki terbabit tidak memberi kerjasama ketika pemeriksaan.

Lelaki terbabit dikatakan mengangkat punggungnya sedikit dari bangku, memandang polis, sebelum tiba-tiba kentut dengan amat kuat.

Polis berkata, jika tidak berpuas hati, lelaki terbabit boleh mencabar denda itu menerusi prosedur undang-undang.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *