Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid-19 – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19.

Semua sedia maklum bahawa pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak ini agak sukar apatah lagi pandemik ini terpahat dalam sejarah hidup rakyat Malaysia.

“Katanya lagi, dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan pengorbangan besar anggota frontliners, kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita telah berjaya menjadi satu negara contoh untuk mengekang wabak ini. ”

Negara telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjaun global di mana Malaysia berada dalam lima negara terbaik dunia dalam penerimaan rakyat yang paling tertinggi.

Sumber: Sidang Media MKN / BERNAMA / SiakapKeli

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1701