Dakwaan Empat Ahli Parlimen Warisan Keluar Parti Hanya Pemainan Persepsi

Loretto Padua

KOTA KINABALU: Warisan hari ini menyangkal laporan berita oleh Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen yang keluar dan menyokong Perikatan Nasional.

Perkara ini tidak benar sama sekali. Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus.

Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat.

Saya secara peribadi selalu menghubungi mereka dan mereka optimis sentiasa teguh dibelakang YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal.

YB Datuk Loretto Padua
Setiausaha Agung

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *