Peter Anthony Dipanggil Ke SPRM Pagi Ini

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony dijangka hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pagi ini selepas dipanggil bagi membantu siasatan tentang sebuah kes yang sedang disiasat.

Butiran tentang kes tersebut bagaimanapun masih belum diketahui, namun dipercayai berkaitan kontrak kerajaan.

Beberapa pihak bagaimanapun berharap siasatan tersebut tidak bermotif politik bagi memberi tekanan kepada mana-mana parti politik yang tidak menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar beberapa hari lalu menyatakan wujud amalan baharu daripada Kerajaan PN untuk memanipulasi agensi penguat kuasa bagi menarik sokongan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2441