Penduduk Kg Muhibbah Gempar ‘Sang Bedal’ Muncul Di Tebing Sungai

PUTATAN: Penduduk Kampung Muhibbah, Petagas digemparkan dengan kehadiran seekor buaya yang dilihat berada berhampiran tebing sungai.

Seorang pengguna Facebook Salmah Sait memuat naik gambar seekor buaya yang dilihat berada di teping sungai tersebut petang tadi.

Katanya, kehadiran buaya di sungai itu sudah pernah dimaklumkan kepada agensi berkaitan dan perangkap telah dipasang namun, buaya berkenaan tidak masuk ke dalam perangkap tersebut.

Seorang pengguna, Izou Belle Willie menyatakan penduduk kampung kena berwaspada dan uar-uarkan tentang kehadiran buaya ini. Jangan biarkan anak-anak atau orang awam pergi ke sana dahulu sehingga pihak berwajib membuat tindakan.

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai penemuan buaya berkenaan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.facebook.com/salmah.sait/posts/3645779278769542

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *