TERKINI: Musa Aman Bebas 46 Tuduhan Rasuah & Pengubahan Wang

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membebaskan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman daripada 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu semasa pendengaran kes hari ini selepas pendakwaraya, diwakili Timbalan Pendakwaraya Azhar Abdul Hamid, berkata ia menarik balik semua tuduhan terhadap Musa.

Perkembangan ini disahkan peguam Musa, Ng Aik Guan.

Musa, ketua menteri dari 2003 hingga 2018, minta dibicarakan terhadap 35 tuduhan rasuah pada 5 Nov 2018. Lima daripadanya kemudian digugurkan.

Beliau dituduh menerima sogokan antara AS$28,500 dan AS$16,148,547 dari pelbagai individu 12 hingga 16 tahun lalu.

Beliau juga dikenakan 16 tuduhan pengubahan wang kerana didakwa menerima AS$37 juta daripada pelbagai individu dan syarikat dari Jun 2006 hingga Mac 2008.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

4623