Jambatan Ranggu: Ketua Menteri Lulus Dana Serta Merta Untuk Lencongan Sementara

TAWAU: Isu Jambatan Ranggu di Dun Balung, Tawau akhirnya mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila satu laluan sementara akan dibuat bagi penyelesaian segera masalah kelewatan projek pembinaan tersebut.

Melalui perbualan telefon di antara Adun Merotai dan Ketua Menteri Sabah, YB Sarufiddin Hata memberitahu bahawa YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal menzahirkan rasa dukacita atas aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan itu.

“Saya telah meminta pandangan dan nasihat Jurutera Daerah Tawau. Beliau mencadangkan satu laluan sementara dibuat dengan anggaran kos RM500,000 hingga RM600,000 dan kertas kerja telah disiapkan oleh beliau dan akan diemel kepada saya pada hari selasa” jelas Sarifuddin.

Jalan alternatif yang sempit dan jauh menyukarkan penduduk untuk menggunakkan laluan tersebut.

“YAB Ketua Menteri sukacita untuk meluluskan serta merta dalam perbualan telefon saya sebentar tadi. Dia juga menyatakan dukacitanya terhadap aduan-aduan penduduk Ranggu”

Menurutnya lagi, walaupun inisiatif kerajaan negeri mahu menaiktaraf semua jambatan kayu kepada jambatan konkrit adalah amat baik dan perlu disokong, namun di peringkat perlaksanaan masih mengecewakan.

Jalan alternatif yang sempit dan jauh menyukarkan penduduk untuk menggunakkan laluan tersebut.

“Walaupun tarikh tamat penyelenggaraan jalan dan naik taraf jambatan itu pada Januari 2021. Tetapi kita juga mengambil pandangan bahawa mungkin ada kelewatan daripada pihak kontraktor kelak. Jadi jalan alternatif harus dibina segera untuk kemudahan penduduk di sana.”

“Kita tidak boleh salahkan penduduk di sana kerana mereka terkesan kerana kelalaian pihak kontraktor” katanya.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri (Sabah), kita memohon maaf atas perkara tersebut”

Sehingga kini, wakil rakyat di Dun Balung, YB Datuk Osman Jamal masih belum membuat apa-apa kenyataan sejak isu ini mula tular di media sosial minggu lepas. Beliau terus mendapat kecaman pengguna media sosial akibat gagal memberi penjelasan dan tindakan penyelesaian segera bagi aduan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Balung ketika dihubungi wartawan, hanya memaklumkan satu mesyuarat perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Adun Balung akan diadakan pada Khamis. – Sabah Info

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Penerangan yang dibuat melalui facebook oleh Adun Merotai merangkap Pembantu Menteri Kewangan bantu penduduk di Dun Balung:

4958