PKPB Disambung Atau Tidak Belum Dimuktamadkan

Keputusan sama ada PKPB dilanjutkan pada 9 Jun belum dimuktamadkan: Ismail Sabri. (Foto/Bernama)

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau dilanjutkan selepas 9 Jun ini, masih belum dimuktamadkan lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya selepas keputusan berhubung PKPB dimuktamadkan, baharu kerajaan akan memutuskan mengenai sama ada menyambung pelaksanaan sekatan jalan raya membabitkan perjalanan rentas negeri.

“Belum ada jawapan lagi sebab PKPB kita tidak tahu tamat atau tidak pada 9 Jun ini. Oleh itu sekatan rentas negeri sama ada diteruskan atau tidak bergantung kepada keputusan PKPB itu disambung atau tidak, ” katanya pada sidang media PKPB selepas mesyuarat khas menteri-menteri di Putrajaya, di sini hari ini.

1666