Anak Zirafah Baru Lahir Di Zoo Bali Dinamakan Corona

Gambar menunjukkan anak zirafah, Corona, bersama ibunya, Sophie, di Taman Safari Bali. – Foto AFP

JAKARTA: Zoo Bali menamakan seekor anak zirafah yang baru lahir sebagai Corona kerana dilahirkan ketika dunia bergelut dengan pandemik coronavirus COVID-19.

Haiwan yang lahir pada 9 April itu adalah anak kepada zifarah bernama Sophie dan Matadi, serta mempunyai dua beradik lain di Taman Safari Bali, yang pulau percutian terkenal di Indonesia.

Sebuah rakaman video menunjukkan binatang itu dilahirkan di sebuah tempat tertutup.

Jurucakap Zoo Bali, Anak Agung Ngurah Alit Sujana, berkata haiwan itu dilahirkan ketika dunia berdepan COVID-19 dan sehubungan itu, Menteri Alam Sekitar menamakannya Corona.

“Corona sihat dan masih menyusu. Kita akan memantau perkembangannya selama tiga bulan,” katanya.

Taman Safar Bali ditutup kepada pengunjung sejak akhir Mac lalu sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19. – AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *