Kastam Sabah Rampas Rokok Tidak Bercukai Lebih RM1.2 Juta Di Tawau

MTT Ketua Kastam Daerah Tawau, Makmur Lacho (dua dari kanan) bersama pegawai lain menunjukkan rokok seludup yang dirampas.

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) zon Sabah berjaya mematahkan cubaan seludup masuk rokok dipercayai tidak bercukai berjumlah RM1,288,504.60 dalam empat serbuan berasingan di sekitar daerah ini 25 April hingga 25 Mei.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, dalam serbuan pertama dan keempat membabitkan pegawai dan anggota Kastam bahagian penguatkuasaan telah membuat satu serbuan di kawasan Pesisir Pantai Batu 3, Jalan Apas, pada 09 dan 19 Mei 2020 sekitar jam 8 malam dan 3 pagi hasil serbuan tersebut berjaya merampas sejumlah rokok berjenama Menara International dan Astro Filter King melibatkan anggaran nilai sebanyak RM107,944.00 dan jumlah cukai sebanyak RM373,969.60

Sebahagian rokok seludup yang dirampas.

Dalam serbuan kedua dibuat yang dijalankan pada 15 Mei 2020 sekitar jam 4.30 pagi di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Aman, Batu 3, Jalan Apas berjaya menemui beberapa kotak berisi rokok pelbagai jenama dipercayai belum lulus kastam disimpan.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat, namun nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM242,900.00, manakala jumlah cukai yang terlibat sebanyak RM867,479.00.

Manakala dalam serbuan ketiga satu rondaan dijalankan pada 15 Mei 2020 sekitar jam 7.10 malam di kawasan Taman Sawit, Balung.

Hasil daripada rondaan tesebut, beberapa bungkusan dalam keadaan yang mencurigakan ditemui di bawah jejantas dan hasil pemeriksaan ditemukan rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai kastam bernilai RM12,520.00 dan jumlah cukai yang terlibat adalah RM47,056.00.

“Tiada tangkapan dilakukan bagi kesemua kes dan kes dikategorikan sebagai kes rampasan, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda 10 kali ganda nilai barang, atau RM100,000.00 yang yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000.00 yang mana lebih tinggi atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sebahagian rokok seludup yang dirampas.
2143