Ingkar PKP, Pusat Hiburan Di Penampang Diserbu Kali Kedua

Mohd Haris Ibrahim

DISERBU KALI KEDUA

PENAMPANG: Biarpun pernah diserbu April lalu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebuah pusat karaoke di Towering, di Penampang, tidak serik sekali gus mengulangi kesalahan sama dalam tempoh sebulan, semalam.

Pada serbuan 12.05 tengah malam itu, polis menahan 10 individu termasuk empat wanita yang sedang berhibur.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, ketika sepasukan, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menjalankan tugas rondaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terdengar bunyi bising dari sebuah premis.

“Semua mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 37 tahun dan dibawa ke IPD Penampang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pusat karaoke berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan.

“Sebelum ini, pusat karaoke itu juga pernah diserbu pada 7 April lalu kerana ingkar PKP dan penjaga premis serta tiga pengunjung ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 iaitu menjalankan operasi premis hiburan tanpa lesen dan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.- Harian Metro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *