RON95, RON97 Dan Diesel Naik Harga

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tujuh sen seliter, masing-masing kepada RM1.38 dan RM1.68 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 29 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel pula naik sebanyak enam sen seliter kepada RM1.51.

“Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

1367