Bapa Maut Minum Racun Kecewa Anak Lapar

Amna Bibi (kanan) menceritakan kejadian suaminya menelan racun ketika siaran langsung di stesen televisyen di Pakistan. Agensi

Karachi: Seorang bapa di Pakistan membunuh diri selepas tidak sanggup lagi melihat anaknya berbuka puasa dengan hanya segelas air.

Kejadian tragis itu menunjukkan ramai orang kini berjuang untuk hidup di tengah-tengah kemelut pandemik Covid-19.

Portal Gulf News melaporkan, isteri lelaki itu, Amna Bibi menceritakan kejadian ketika ditemu bual secara langsung oleh stesen televisyen di Pakistan, Samaa TV.

Wanita itu mendedahkan suaminya kecewa tidak dapat membeli makanan untuk keluarga sebelum menelan racun dan mengakhiri hidupnya.

Bibi berkata, pada hari kejadian, keluarganya kelaparan lima hari.

Bagaimanapun, tidak jelas mengenai lokasi dan hari kejadian.

Laporan itu kemudiannya tular di media sosial meraih simpati netizen yang tampil memberikan sumbangan. -Agensi

Pengguna Twitter @Saraahahahaha meminta perincian untuk menghulurkan bantuan.

“Baru sahaja melihat ciapan mengenai wanita Amna Bibi yang suaminya minum racun menyebabkan anaknya lapar.

“Sesiapa sahaja dari anda tahu alamat atau ada hubungan, sila DM saya,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *