(VIDEO) ‘Sedekah’ Sampah, Youtuber Indonesia Ditahan

JAKARTA: YouTuber Indonesia, Ferdian Paleka dan dua rakannya berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun akibat video prank dengan memberikan kotak berisi mi kepada sekumpulan transgender di Bandung.

Bagaimanapun, kotak itu sebenarnya dipenuhi dengan sayuran busuk, serpihan batu dan konkrit.

Dalam video yang sudah dipadamkan itu, Ferdian dan dua rakan kononnya mahu mengedarkan barangan keperluan kepada golongan berkenaan.

Newsweek melaporkan, Paleka dianggap menghina golongan itu dengan menyatakan di dalam video sama: “Sekiranya ada ‘bencong’, kami akan memberikan kotak itu, tetapi jika mereka tidak ada, itu bermakna bandar ini selamat daripada ‘waria’.”

Bencong adalah perkataan kasar dalam bahasa Indonesia untuk golongan transgender manakala waria adalah slanga merujuk kepada pondan.

Sebelum itu, Ferdian dirakam mengambil makanan busuk dari tong sampah sebelum dimasukkan ke dalam kotak bersama serpihan batu.

Dia menyerahkan kotak berisi barangan berkenaan kepada sekurang-kurangnya dua lelaki berpakaian wanita di Bandung.

Mereka juga ketawa ketika ‘wanita’ itu menyatakan rasa jijik dan malu kerana menerima sampah yang busuk dan tidak dapat dimakan.

“Saya tidak menyangka ada yang melakukan perkara ini pada bulan Ramadan dan dalam suasana pandemik Covid-19.

“Ketika saya membukanya, saya terkejut, sedih dan marah, ” kata Sani, seorang transgender berusia 39 tahun kepada detikNews.

Susulan kejadian, banyak pihak yang marah dan mahu saluran YouTube lelaki itu diharamkan sehingga membawa kepada penahanan Ferdian dan rakannya.

Lelaki itu kini disiasat mengikut Undang-Undang Transaksi Maklumat dan Elektronik negara berkenaan.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://youtu.be/Ur79hiJogr0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *