Polis Tahan Warga Asing Curi Barangan Di Kilang Perabot

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing berjaya ditangkap polis selepas mencuri beberapa barangan di sebuah kilang perabot di Tuaran, kelmarin.

Lelaki yang berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Tobur, Menggatal pada hari sama beliau dilaporkan mencuri barangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya menemui lima barangan yang dicuri di kilang tersebut iaitu mesin pemotong aluminium dan kayu, kipas angin, mesin gerudi sera dua mesin pemampat udara.

“Hasil soal siasat dan pengakuan suspek telah mengaku barangan di curi ada tersimpan di ruang tamu rumahnya.

“Selain itu, pemeriksaan mendapati suspek juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Habibi berkata, tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Menggatal untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,”katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *