Perkosa Si Mabuk

Gambar Hiasan

Seorang lelaki di United Kingdom (UK) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana merogol seorang wanita di dalam keretanya.

Ketika kejadian pada April 2018 itu, lelaki itu baru kembali ke UK selepas melangsungkan perkahwinan di Romania.

Mirror UK melaporkan mahkamah turut memerintahkan tertuduh, Pavel Ocneanu, 30, didaftarkan sebagai pesalah seks.

OCNEANU

Berdasarkan prosiding kes, ketika kejadian tertuduh meninggalkan isterinya di rumah kerana wanita itu keletihan kerana baru tiba di UK.

Dia kemudian menghadiri satu parti sebelum melihat seorang wanita keluar dari sebuah teksi.

Tertuduh kemudian merogol wanita itu di dalam keretanya.

Mangsa yang ketika itu dalam keadaan mabuk hanya mengingati beberapa perkara termasuk bunyi hentakan kaca.

Wanita berkenaan cuba menyelamatkan diri dengan mengetuk pintu kereta.

Dia bernasib baik selepas jeritannya didengari seorang saksi yang kemudiannya menghubungi polis.

Ketika prosiding kes itu, Ocneanu membela diri dengan memberitahu hakim bahawa dia dan mangsa melakukan seks atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun, Hakim David Fletcher menolak alasan itu dengan mengatakan Ocneanu mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang ketika itu mabuk. – Agensi

961