Terminal Bas KK Sentral & Terminal Bas Inanam Mula Beroperasi Esok

KOTA KINABALU: Sistem letak kereta berkupon dan terminal bas di pusat bandaraya ini akan beroperasi bermula esok (11 Mei).

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, sistem letak kereta berkupon akan beroperasi seperti biasa dari 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata, langkah ini selaras dengan keputusan kerajaan negeri dalam membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi.

“Dengan itu, semua pengguna boleh membeli kupon-kupon letak kereta di semua kiosk jualan kupon yang terdapat di seluruh kawasan bandaraya.

“Kupon juga boleh dibeli di kaunter-kaunter Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan DBKK Holding Sdn Bhd pada waktu-waktu pejabat,” katanya dalam satu kenyataan,  di sini hari ini.

Untuk operasi terminal bas pula, beliau berkata, Terminal Bas KK Sentral dan Terminal Bas Inanam juga akan mula beroperasi sepenuhnya esok.

Sehubungan itu, orang ramai disaran supaya mematuhi penjarakan sosial dan arahan pihak berkuasa berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – BorneoToday

https://www.facebook.com/dewanbandarayakkofficial/posts/678018039684391

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *