
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 55 kes baharu jangkitan COVID-19 yang direkodkan setakat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan jumlah kumulatif jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 6,353 kes.
“Ia menjadikan jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,764 kes.
“Daripada 55 kes baharu tersebut, tujuh (7) daripadanya adalah kes import dan 48 kes lagi adalah tempatan dengan 24 kes daripadanya adalah dikesan daripada kluster Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” jelasnya dalam sidang media harian, di sini hari ini.
Dalam pada itu, tiada kematian terbaharu direkodkan dan keseluruhan kes kematian kekal 105 kes bersamaan 1.65 peratus.
Terkini #COVID19 4 Mei.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020
Kes baharu ialah 55 termasuk 7 kes import.
Tiada kematian dalam tempoh 24 jam. pic.twitter.com/onnzbCP2MS
Terkini #COVID19 4 Mei
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 4, 2020
Seramai 71 pesakit sembuh dan discaj.
Kadar kesembuhan di Malaysia 70.58%. pic.twitter.com/JSbEc82FcH
SumbeR: KKM