Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

Media sosial mula heboh dengan berita kematian pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang belum disahkan lagi setelah Wakil Pengarah TV Satelit Hong King mendakwa bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara telah mati.

Manakala bagi pakar Semenanjung Korea dan ketua dewan The World and Northeast Asia Peace Forum, Jang Sung Min mendedahkan bahawa dia yakin bahawa berita kematian pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un adalah benar.

“Keadaan kesihatan Kim Jong Un sangat serius, dan pagi ini, pentadbiran Korea Utara sampai pada kesimpulan bahawa mustahil baginya untuk pulih,” kata Jang Sung Min seperti dipetik di International Business Singapore.

Ketika diminta untuk mengesahkan adakah pemimpin Korea Utara telah meninggal dunia atau tidak, dia dilaporkan mengelak untuk memberi jawapan dan berkata, “Itu sahaja yang anda perlu tahu buat masa ini.”

“Kita harus memahami risiko mengenai berita kematiannya dan mempersiapkan tindakan balas untuk mencapai senario mendatang,” katanya sambil menambahkan bahawa “Sehingga Kim Jong Un belum muncul kembali sebagai eksekutif untuk urusan Korea Utara, kita harus menganggap dia telah meninggal dunia dan mengambil langkah diplomatik yang diperlukan.”

Beberapa hari yang lalu, CNN melaporkan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan kardiovaskular dan pihak pentadbiran telah mengambil maklum situasi ini dengan teliti. – TheVocket

3355