Covid-19: Lebih 2,000 Kematian Direkodkan Dalam Tempoh 24 Jam Di Amerika

Terkini, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Menurut rekod yang dilaporkan oleh Johns Hopkins Unversity, jumlah ini telah direkodkan dalam tiga hari berturut-turut.

Sehingga hari ini, seramai 62, 902 mangsa korban di Amerika. Semua sedia maklum bahawa negara tersebut paling teruk dilanda wabak Covid-19 dan melebihi catatan daripada China dan Itali.

Menurut AFP, kerajaan New York sedang menyiasat rumah mayat apabila mereka menemukan mayat di dalam sebuah trak  di U-Haul. Penemuan yang mengerikan itu disedari setelah penduduk di kawasan sekitar terhidu bau busuk dari kenderaan tersebut.

SumbeR: AFP News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *