‘Runner’ Persendirian, Kedai Telefon Bimbit & Kedai Alat Tulis Antara Dibenar Beroperasi Di Sabah

Safar Untong

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menerusi Sabah Covid-19 Command Centre, hari ini, telah memutuskan bagi membenarkan pengoperasian kedai komputer, telefon bimbit, kedai fotostat serta kedai alai tulis.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan, hari ini, berkata pengoperasian semua premis berkenaan hanya pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kerajaan negeri bersetuju bersetuju membenarkan kedai komputer, kedai
telefon bimbit, kedai fotostat dan kedai alat tulis beroperasi agar
pelajar-pelajar mendapat bahan peralatan dan alat tulis bagi tujuan
pembelajaran secara online dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, untuk tujuan itu juga, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan mengenalpasti kedai yang dibenarkan operasi.

Sementara itu, Safar berkata, kerajaan Sabah juga telah memutuskan bagi membenarkan perkhidmatan penghantaran menerusi ‘runner’ atau penghantaran secara tunai (cash on delivery) persendirian

“Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan perkhidmatan penghantaran melalui runner atau penghantaran ‘cash on delivery’ persendirian di Sabah beroperasi untuk tujuan penghantaran ‘essential goods’ seperti bahan makanan mentah, makanan siap dimasak, hasil tani, tong gas dan ubat-ubatan sahaja.

“Masa operasi adalah daripada jam 6 pagi hingga 6 petang pada setiap hari dan ini akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah yang turut akan mendaftar operasi perkhidmatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, satu lagi perkara yang diputuskan Sabah Covid-19 Command Centre ialah kebenaran pengoperasian kedai menjual peralatan keagamaan.

Safar berkata, masa operasi yang dibenarkan ialah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

“Kedai yang dibenarkan beroperasi juga akan dikenalpasti oleh KKPT,” katanya. – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *