Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah, 13 Lagi Pulih Hari Ini Manakala Kes Aktif Menurun

KOTA KINABALU: Tiada kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah hari ini, dengan jumlah keseluruhan kes setakat ini kekal dengan 315.

Selain itu, seramai 13 lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah ketika ini seramai 241 orang.

Jumlah kes Covid-19 aktif di negeri ini juga kini menurun menjadi 70 kes berbanding 83 kes, semalam.

Daripada jumlah berkenaan juga, tujuh kes adalah yang dirawat semula.

Statistik terbaharu itu disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama tiada kematian dicatatkan di negeri ini, hari ini, dengan jumlah korban akibat jangkitan wabak itu kekal empat orang iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,431; Kuala Lumpur (1,232); Johor (663); Negeri Sembilan (513); dan Sarawak (507).- Berita Sabah

3105