Tiada Perubahan Dasar MPKK Di Sabah – Ewon

Ewon Benedick

KOTA KINABALU, 29 April: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah memaklumkan tiada sebarang perubahan dasar berkaitan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setakat ini, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata semua pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa MPKK sedia ada di Sabah diminta untuk meneruskan tanggungjawab masing-masing sehingga tamat tempoh pelantikan.

“KPLB Sabah berpendirian badan MPKK sedia ada memadai untuk mengurus pentadbiran di peringkat kampung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pembayaran elaun kepada MPKK dilantik juga akan diteruskan, katanya.

BERNAMA

1101