KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan ada mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi JAKIM adalah dianggap tidak sah,” kata jabatan itu dalam satu hantaran status di Twitter JAKIM, hari ini.
Sejak malam tadi, tular di media sosial mengenai panduan kepada umat Islam bagaimana menyambut Aidilfitri jika masih berada dalam tempoh PKP.
Antara kandungan panduan itu ialah membenarkan umat Islam melaksanakan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga sama ada dengan atau tanpa khutbah Aidilfitri.
Penafian mengenai tular panduan Sambutan Aidil Fitri PKP pic.twitter.com/WKLV0sbcqH
— JAKIM (@MyJAKIM) April 29, 2020