Covid-19: Kes Cecah Sejuta Sebab Ujian Kami Jauh Lebih Baik Berbanding Negara Lain – Donald Trump

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara tertinggi kes jangkitan Covid-19 di mana bilangan mangsa yang dijangkiti telah melebihi sejuta orang, menurut laporan daripada Johns Hopkins University.

Susulan itu, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa kadar jangkitan tertinggi di negara itu akibat wabak Covid-19 hanya disebabkan oleh satu alasan.

Kata Trumph, ini kerana ujian pengesanan yang dilakukan di AS adalah paling terbaik berbanding mana-mana negara di dalam dunia.

”Satu-satunya alasan mengapa AS melaporkan sejuta kes Covid-19 adalah kerana ujian yang kami jalankan adalah lebih baik dari semua negara di dunia,”kata Trumph.

Tambah Trumph, negara lain berada jauh di belakang AS dalam melakukan ujian pengesanan, kerana itu kes di negara mereka menunjukan angka yang jauh lebih sedikit.

Berdasarkan rekod Johns Hopkins University, sebanyak 1,011,877 kes Covid-19 telah dilaporkan di AS dan sekurang-kurangnya 58,351 telah dicatatkan.

Sumber: Donald J. Trump

2655