Amerika Syarikat Hampir Cecah Satu Juta Kes Positif Covid-19

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan sekurang-kurangnya 985,000  kes jangkitan akibat Covid-19, sekaligus menjadi jumlah tertinggi di dunia, setakat semalam.

Berdasarkan data John Hopkins University, AS turut mencatatkan 1,330 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian mencecah seramai 54,881 sejak pandemik ini bermula.

New York yang menjadi pusat wabak di AS mempunyai lebih 288,045 kes daripada jumlah keseluruhan kes di negara itu dengan 22,269 kematian setakat ini.

Secara kasar mengikut susunan populasi, terdapat 1,481 mangsa dijangkiti Covid-19 dan 114 kematian dicatatkan di dalam setiap 100,000 ribu penduduk di AS.

Sumber: google

Sumber: CNN

878