Risau Tak Sempat Diijab Kabul

Acara pernikahan pasangan warga emas berkenaan. Foto Agensi

JAKARTA: Ketika wabak Covid-19 terus menular di Indonesia, sepasang warga emas tetap melangsungkan pernikahan mereka di Blora, Jawa Tengah, semalam.

Hadi Sukirno, 99, diijab kabul dengan pujaan hatinya, Yami, 65, ketika peningkatan kes wabak berkenaan di negara itu.

Lokasi pernikahan turut dinyah kuman sebelum ijab kabul.

Kompas melaporkan, kedua-dua mempelai diikuti penghulu dan saksi kemudian mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Akad nikah mereka berlangsung dalam suasana sederhana dan pasangan itu memakai penutup hidung dan mulut ketika upacara pernikahan.

Selesai akad nikah, tidak ada majlis bagi meraikan kedua-dua mempelai.

Pernikahan pasangan berstatus janda dan duda itu sudah didaftarkan 1 April lalu.

Ketua Daerah Marthin Ukie Andhana berkata, pasangan itu sebelum ini bimbang situasi Covid-19 akan menyebabkan kedua-duanya tidak dapat berkahwin.

Setakat semalam, Indonesia mencatatkan 7,775 kes positif Covid-19 dengan 647 kematian. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *