PKP: Ejen ‘COD’ Dadah Dicekup Bersama Tujuh Pelanggannya

Suspek yang ditahan ingkar PKP dan juga disyaki penagih dadah di Sipitang.

SIPITANG: Polis di sini bukan saja menahan seorang ejen penghantar bekalan syabu secara ‘cash on delivery’ (COD), malah tujuh pelanggannya turut dicekup.

Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, ketika polis membuat tugasan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Op Covid-19, ditepi Jalan Simpang CK Motor Batu 1, Jalan Sipitang -Sindumin menahan sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 40-an.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengambil kesempatan untuk menjalanlan aktiviti mengedar dadah melalui COD.

“Suspek dipercayai bertindak menghantar pesanan yang dipesan lalu menghantar ke lokasi yang dijanjikan.

“Berikutan tertangkapnya suspek terbabit, polis berjaya menahan tujuh lagi lelaki disyaki penagih dadah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua suspek juga ditahan ketika merayau-rayau di kawasan Mesapol dan sekitar daerah ini.

“Semua tangkapan ditahan mengikut Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar arahan tanpa alasan yang munasabah iaitu membeli bekalan dadah jenis syabu dan tindakan itu boleh menyebabkan mudarat terhadap orang-orang sekitar berkaitan terhadap wabak Covid-19 yang kiji sedang menular.

“Oleh itu, mohon masyarakat di daerah ini supaya patuh arahan PKP fasa 3 kerana polis bertindak tegas menangkap sesiapa saja yang melanggar perintah ini,” katanya. – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *