TERKINI: 95 Kes Sembuh Covid-19 Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Jumlah Kes Baharu Iaitu 84

Putrajaya, 19 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 84 kes baru COVID-19 di Malaysia.

“Sehingga 19 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 84 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah ke spositif 5,389 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Oleh itu kes aktif adalah 2,103 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak XX kes telah sembuh dan dibenarkan discaj hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat hari ini 3,197 kes, bersamaan 59.3 peratus daripada kes keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Bilangan kes yang discaj hari ini juga mencatatkan angka lebih tinggi berbanding jumlah kes baharu harian,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *