Seramai 11,347 Rakyat Sabah Di Semenanjung Sudah Terima Bantuan Covid-19

KOTA KINABALU: Sebanyak 14,414 permohonan bagi pembayaran Bantuan Covid-19 berjumlah RM300 kepada rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia telah diproses.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan berkata, kesemua permohonan itu dikemukakan kepada Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kerajaan Negeri melalui Pusat Arahan Covid-19 Sabah ingin memaklumkan bahawa sebanyak 11,347 permohonan telah dibayar dan dikreditkan melalui akaun masing-masing.

Manakala, 35 permohonan di bayar secara tunai dan sebanyak 1,606 pemohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat B40.

Sementara itu, sejumlah 1,426 pemohonan sedang dalam proses disebabkan nombor akaun yang tidak lengkap dan tidak aktif.

Sebagai makluman kepada pemohon yang memohon secara online melalui portal https://bantuan.covid19.sabah.gov.my, kerajaan negeri melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur dan Pejabat Bendahari Negeri Sabah ketika ini sedang memproses pembayaran bantuan Covid-19 kepada pemohon-pemohon yang layak. –

SumbeR: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *