Covid-19: Tiga Kes Positif, 4 Pulih Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat pertambahan tiga kes Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 306 kes.

Menurut statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, kesemua tiga kes itu direkodkan di daerah Kinabatangan.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di daerah berkenaan sebanyak 22.

Dalam perkembangan sama, seramai empat lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang di negeri ini, hari ini,

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di Sabah ialah sebanyak 172.

Jika mengambil kira jumlah kes sembuh serta pesakit yang telah meninggal dunia, kes aktif di Sabah setakat ini ialah sebanyak 130.

Sementara itu, tiada kes kematian dicatatkan hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di Sabah kekal empat kes iaitu dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Tawau serta Tambunan.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,343 kes, Kuala Lumpur (1,004), Johor (642), Sarawak (408) dan Negeri Sembilan (405). – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *